Wednesday, September 2, 2015

REVIEW MY BAJU NIKAH/RECEPTION

♥ Assalamualaikum 

Okey kalini aku nak share lah sikit pasal baju nikah i olls yg diDIY kan tu. Bukannya nak menunjuk, tapi just nak shae lah sikit untuk bakal2 pengantin di luaq sana sebagai rujukan. Sharing kan is caring tak ke gittew.huhu . 

FYI, aku tak sewa baju untuk majlis akad nikah dan resepsi. Dan FYI lagi, baju untuk majlis aku cuma SEHELAI sahaja. Simple kan. Ada la orang kata dekat aku, buat lah grand sikit untuk majlis kawin hang tu, bukannya selalu, nanti bila dah tua menyesal sebab tak pakai baju yang cantik2 masa majlis tu. Hmm What say you? Maybe itu pendapat dia, buat grand2 supaya dapat dikenang sampai mati tapi bagi aku, aku tak kisah pun asalkan dapat kahwin dan semuanya selamat. Tak gittew??hahah

Okey, untuk baju kahwin, aku beli kain valentino silk dekat Jakel Alor Star. Nahai, rambang mata baq kat hampa2 semua noh bila tgk kaler2 kain ni dekat jakel. So dah aku pakat dengan encik tunang( now suami) pd masa tu nak pakai kaler baby blue, so aku pun beli lah baby blue. 

Untuk aku, aku beli 4 meter untuk buat jubah princess dress and untuk suami 5meter untuk wat baju melayu dia. So kat sini, beli kain sekali jimat. Tak silap harga untuk kain jenis valentino silk pada masa ni RM12 semeter. So okay bolehlah agak berpatutan lah dari segi harganya.

Dekat jakel ni jugak aku beli lace untuk deco kat baju nanti. Lebih tepat lagi border lace. Harga Semeter RM68. Lace ni dia ada Dua2 belah. So aku amik semeter je.untuk letak di pinggang, kaki kain dan jugak tangan.

Dan kat sini jugak aku beli kain chiffon untuk wat veil. Veil pun i oll DIY.haha nak jimat punya pasal la..tapi border lace kat veil aku beli kat kedai kain biasa2 ja..

Ok so total damage dekat JAKEL untuk BAJU NIKAH/RESEPSI LELAKI dan PEREMPUAN :

Valentino silk 9meter: RM108
Border Lace 1meter: RM68
total: RM 176

ini untuk total kain. belum upah. Untuk harga upah baju aku RM50. Manik aku jahit sendiri while total upah baju melayu husband pulak rm210. Mahalkan baju melayu..Husband upah dekat tukang jahit cina.. Jahitan memang terbaik lah.




baju ironless haha kedut2 la yer, okey tu lah hasilnya. border lace aku suruh tailor jahit siap, so aku just jahit manik ja sikit2 and tambah bunga fabrik dekat kaki baju. Bunga fabrik tu pun i olls wat sendiri. Lepas siap bunga tu baru aku attached dekat baju. Simple ja baju ni, tapi saja lah aku nak share, sbb aku dulu pun google sana sini jugak nak berDIY ni..huhu..





haha, ni je lah dapat aku share, semoga bermanfaat >_<

macam mana ni nak kahwinnnn

♥ Assalamualaikum 

Ramai kawan2 aku tanya, macamana bertunang dan berkahwin dalam tempoh yang dekat, which means tempoh bertunang dan tempoh majis kahwin sat saja, macam aku 4bulan ja tunang pastu majlis kahwin. Sempat ker nak wat preparation and etc. ada yang tanya sedia dah ka nak kawin, macam tak kalut sangat ka, sebab nanti title dan tanggungjawab tu akan berubah. But for me, ready nak galas tanggungjawab baru tu kita kena lalui nya.kalau nak ikut bersedia ntah sampai bila pun kita tak bersedia.

Ok back to persediaan majlis kahwin dalam tempoh 4bulan sahaja. Sebenarnya sempat. Bagi aku dan suami, kami langsung tak mengimpikan majlis kahwin yang grand, berpuluh ribu, baju berpasang2, pelamin berandon bagai. nope we are not that type. Baik aku mahupun suami, kami cuma inginkan majlis yang sangat ringkas, bajet, tetapi still nampak macam majlis yang meriah la. Serius, majlis kami sangat ringkas bagi pendapat aku la..No pelamin, no DJ, no OP. Yang menjadi photographer adalah adik2 dan saudara mara jer.

Kenduri kahwin sebelah aku(perempuan) sangat simple. Bajet still bawah rm10k. Sebenarnya majlis akad nikah dan hari kenduri tu hari yang sama. Baju nikah dan reception pun baju yang sama. Aku tak mau membazir. Majlis kahwin aku banyak DIY. Antara benda2 yang aku DIY sepanjang majlis kahwin tu, ni listnyer :-

- baju nikah/resepsi
- dulang2 hantaran
- background meja makan beradap/ bilik tidur
- doorgift
- Veil
- inai

tapi kalau nak berDIY semua benda ni perlulah sacrifie masa dan tenaga. Aku nak majlis yang under budget ja so kena la DIY untuk jimat. hehehe. 

Baju nikah/Reception
- Aku beli kain di jakel (valentino silk) kalau tak salah untuk aku dan suami. Untuk aku aku wat princess dress upah dekat tailor dekat jer dengan rumah and suami pulak of course wat baju melayu.
Untuk detailing aku beli lace dekat jakel dan manik dekat kedai alat kahwin. Ok untuk baju ni nanti kena wat entry lain macamana aku design baju tu. Design biasa2 jer, yer lah aku bukan pereka fesyen.huhu

Dulang hantaran
- dulang hantaran pun beli sendiri dekat kedai alat kawin jugak.time tu tengah offer tak silap dalam rm5/ dulang.so murah aku grab lah dalam 9 dulang camtu. Deco dia jugak nanti dalam entry seterusnya.

Background meja makan/ bilik tidur
- Beli kain kosong dari kedai kain, deco sendiri. Next entry insyAllah i'll share

Veil
- beli kain chiffon dari jakel and design and jahit sendiri

Inai
- Sepupu sepapat tolong pakaikan, jiran tolong tumbukkan sebab rumah dia ada inai pokok.. i prefer inai pokok sbb ianya long lastings compare to inai segera ni. Pakai inai pun kat jari jer, takda lukis2 kat tangan pun. huhu

Ok nest entry i akan share langkah2 berDIY ni semua. Majlis aku bajet under rm10k untuk sebelah perempuan sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH jika niat kita untuk melakukan kebaikan ALLAH mesti tolong lebih2 lagi dalam urusan membina masjid ni. Jangan takut untuk berkahwin.

Sekian dulu. nnti ada lagi sambungannyer..




MOVE ON LAH

♥ Assalamualaikum 

Lama giler tak update blog. Salah satu sebab tak update ialah low self esteem. Rasa macam rendah diri, nak update tapi takut takdak orang nak baca. Pastu dah tak da cerita best nak updat. (ada jer cerita best) tapi bila low self esteem menguasai diri, so rasa better senyap.. hahah ni self esteem meningkat balik so gasaklah, samada ada orang nak baca or tak, tak payah peduli, janji update.

Last update last 2years back, masa tu single but now i am married with one baby boy. Tak percaya kan. I also tak percaya which i am married and have a baby now. hehehe feel like daydreaming. Semuanya berlaku dengan pantas dan very unexpected.

well, pengalaman yang lepas banyak mengajar aku yang sebenarnya aturan Allah dalam hidup kita ni adalah yang terbaik. Although we always think that our choice is the best, but Allah knows more what is the best for us.

Just wanna share about my past, dulu aku pun macam orang lain, bercinta jugak.hahah but when i think back about the past, i feel so silly. Sepatutnya aku menghargai kehidupan lepas (lebih tepat lagi pd masa student dulu) dengan study bersungguh-sungguh and enjoy funtime with friends. No cintan cintun(supposedly la). Tapi dah gatal nk bercinta, so bercinta jugaklah..we had been friend for 4 years okey, 4years!! satu tempoh yg agak lama okey..n we got some plans to get married and etc..kononyer..

Then, after 4years, perancangan Allah lebih baik. Kitorang clash. Dan merasa lah aku sakit putus cinta. Well, biasa lah kan putus cinta mesti lah frust. Tapi, Allah seoalah2 menghantar seseorang kepada aku to cure my frustration on that time. Actually my husband now is my colleauge. Dia kata dia dah pendam perasaan kat aku setahun dah,hahah tap dah aku xsingle so dia malas nak kacau.hahah. Then we berkawan, in 3 months we get close and engaged, and get married, so simple and tak disangka scepat itu kami berkahwin. Betullah kata orang, kenal pi lah 10 tahun tapi kalau bukan jodoh kita, tetap tak jadi, aku just berkawan dengan suami lebih kurang 4 months before we get married. Bertunag bulan december 2013 then berkahwin pada 29 mac 2014. Lepas tu dikurniakan cahaya mata yg comel pada january 2015. see betapa Allah mengantikan kesedihan dulu dengan berjuta2 kali lebih baik.

So pada yang putus cinta, sedih tu adalah lumrah, sakit hati pun lumrahlah. Tapi jangan melampaui batas, Always set dalam hati yg Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Selalu berdoa dan dekatkan diri kepada Allah supaya hati menjadi lebih tenang setenang air di kali. and yang paling penting adalah MOVE ON!! MOVE ON! MOVE ON! tak payah lah duk nak ingat and kenang orang yang tidak tahu menghargai anda, kerana u deserve someone much more better than him/her..



sekian bebelan cik timah pada kali ini..hahahh entry panjang melalut kelaut..babai!!!


Monday, June 3, 2013

Pencuri tu ada dimana2

Alahai.lama betoi tak update blog ni..
bulan mei adalah bulan yang paling bz bg cik mimi.
sebab tu la susah nak mengarang esei dalam blog ni..hehe
alkisahnya, 30-31mei yang lepas cik mimi kena berkursus di hotel park aveneu, sg petani, kedah.
so kami bertolak dengan kenderaan jabatan dari pejabat kesihatan kangar.ok, fine.on d way kami nak ke hotel, kami singgah la di RnR Gurun.

Alkisahnya, cik mimi p la ke toilet.ok cik mimi masuk ke dalam toilet untuk qada hajat la..kan dalam toilet, kalau korang perasan la, ada tempat letak handbag kan.cik mimi terpandang ada sebijik hp samsung yang agak  atas tempat letak handbag tu.so cik mimi terfikir, hp sapa punya ni?caner?aku nak amik ke tak hp ni,kot2 nnt boleh cari owner hp tu..tp lepas pk punya pk, cik mimi amik keputusan untuk bia je hp tu kat situ.(cik mimi ni bendul kan?)haha.sebab cik mimi pk maybe pasni owner dia dtg amik kot.ok pas dah selesai smua urusan cik mimi dlm bilik toilet tu, cik mimi pun kuar..

ok, kawan cik mimi dah tunggu kat pintu luar bilik toilet yang cik mimi masuk td .cik mimi pun bagitau la dia yang cik mimi terjumpa hp dalam toilet yg cik mimi masuk td, pastu kawan cik mimi suh amik hp tu n cr sapa owner dia. ok belum sempat cik mimi nak masuk semula dalam toilet td, dah ada sorg makcik ni dengan legging ketat bertudung masuk dlam toilet tu..ok kawan cik mimi ckp la takpe, kita tggu di luar..betul2 depan pintu toilet tu.dengan harapan lpas makcik tu kuar kitorg nak amik la gp tu nak contact owner or relatives dia nk bgtau hp tu ttinggal dlm toilet.(kan ada contact dlm hp tuh)
then, makcik td pun selesai TETAPI hp td dah takda ddekat tempat letak handbag tu!!!!haaa..tu dia...time tu cik mimi rasa alahai makcik ni dh amik hp tu.cpt btl tgn dia.n kitorg pun usha semacam je kat makcik niyang br kuar dr bilik toilet tu..n belum pape makcik tu patah balik n ckp kat kitorg : "kejap2!!!"..dia p masuk semula dalam bilik toilet tu..

takpe, kitorang tunggu lagi..amboi, kali ni punya la lama dia dalam toilet tu..n pas 5 minit kemudian, br dia kuar n cakap kat kitorg "tu hp sape yng tertinggal ?"amboi makcik, pura2 pulak tnya pdhal td ko dah ambik kan..cepat btl tgn dia..
n kawan cik mimi pun amik la hp tersebut n contact adik owner hp tersebut. n owner dia dpt dijumpai sbb owner dia keja kt RnR tu jugak..
n kami berjalan nk menuju ke van, kami terjumpa makcik td..heheh..dia pandang semacam je kat kawan cik mimi..agak2 dia bengang kot sebab kami spoilkan plan dia..haha
moral of the story bg cik mimi, jgn la tinggal barang merata2..pencuri dimana2..:)


Tuesday, May 21, 2013

Monday, May 20, 2013

lunch ittew..


hai...korang smua..dah lunch ka??
cer teka arini lunch aku makan apa?
nasi beriani?nasi ayam?nasi arab?kueteow tomyam?
cer teka..cer teka?haha mcm segmen teka teki plak..

hari ni aku lunch dengan maggi cup perisa kari dengan milo kotak..
aku memang tak lalu nak makan nasik..memang takda selera..

tadi gi kedai..nak beli maggi ni..time nak bayar, tauke kedai sapa aku
tauke: hai makan ni je ke lunch?
aku: a'ah la tokey, tak lalu makan nasik
tauke: yaka..tapi kan sekarang ni kalau rm 4 nasi pun tak boley beli, mahal..
aku: yela =________=''

mesti dia ingat aku takda duit kan makan megi ja..hahah..
tapi serius aku mmg takda slera nk telan nasik lately..huhu.megi pun sedap :D

BEBAN-BEBAN


hai semua...tgk tajuk entry aku sapa2 yang baca mesti rasa terbeban kan..heheh..
Serabutnya bila dah keja ni, banyak betul benda nak kena buat..
Itu kita, ini pun kita..haih camtula kalu jadi orang bawahan kan..haha..tu la dlu tak nak belajar sampai phd bia jadi bos besau...haha..merepek la aku ni kan..tak2, aku bersyukur sangat dapat keja memandangkan kat luar sana ramai lagi yang menganggur selepas belajar..huhu..


Sebenarnya, bila dah kerja ni, rasa nak balik semula ke xaman student..gitew kau..time student la paling best giler.. xpyh la ko nak pk pasal workload, nk kejar itu, nk buat ini..pergh mencabar akal dan minda..
aku cakap betul2..sapa2 yang tgh study lagi tuh, hargai lah masa student anda dgn enjoynya, time keja nanti korang takkan ada masa nak enjoy..nak jeling mamat hensem pun xsempat..hahah..


Rindu kat tempat ni..rindu sangat..sangat2..


Aku memang rindu giler la zaman student..zaman ni la lepak ngn kengkawan, borak ngn kengkawan, tdo ngn kengkawan, makan  semua berjemaah.duk hostel plak tu..borak la ngko sampai pagi pun..rindu siot zaman tu..
sekarang ni..semua dah takda, keja keja keja..pergh tension hang tau...pagi celik mata keja..haha.bila dah masuk zaman keja mulalah jadi alam tanggung sendiri.
rindunya zaman student dulu..
rindu pulak nak masuk kelas and tido..

batch 37 fisioterapi KSKB, wa rindu u olls..ekekek



kenangan SEM 6 KSKB wheelchair training for Spinal Cord Injury @ Hospital Sg Buloh