Wednesday, September 2, 2015

macam mana ni nak kahwinnnn

♥ Assalamualaikum 

Ramai kawan2 aku tanya, macamana bertunang dan berkahwin dalam tempoh yang dekat, which means tempoh bertunang dan tempoh majis kahwin sat saja, macam aku 4bulan ja tunang pastu majlis kahwin. Sempat ker nak wat preparation and etc. ada yang tanya sedia dah ka nak kawin, macam tak kalut sangat ka, sebab nanti title dan tanggungjawab tu akan berubah. But for me, ready nak galas tanggungjawab baru tu kita kena lalui nya.kalau nak ikut bersedia ntah sampai bila pun kita tak bersedia.

Ok back to persediaan majlis kahwin dalam tempoh 4bulan sahaja. Sebenarnya sempat. Bagi aku dan suami, kami langsung tak mengimpikan majlis kahwin yang grand, berpuluh ribu, baju berpasang2, pelamin berandon bagai. nope we are not that type. Baik aku mahupun suami, kami cuma inginkan majlis yang sangat ringkas, bajet, tetapi still nampak macam majlis yang meriah la. Serius, majlis kami sangat ringkas bagi pendapat aku la..No pelamin, no DJ, no OP. Yang menjadi photographer adalah adik2 dan saudara mara jer.

Kenduri kahwin sebelah aku(perempuan) sangat simple. Bajet still bawah rm10k. Sebenarnya majlis akad nikah dan hari kenduri tu hari yang sama. Baju nikah dan reception pun baju yang sama. Aku tak mau membazir. Majlis kahwin aku banyak DIY. Antara benda2 yang aku DIY sepanjang majlis kahwin tu, ni listnyer :-

- baju nikah/resepsi
- dulang2 hantaran
- background meja makan beradap/ bilik tidur
- doorgift
- Veil
- inai

tapi kalau nak berDIY semua benda ni perlulah sacrifie masa dan tenaga. Aku nak majlis yang under budget ja so kena la DIY untuk jimat. hehehe. 

Baju nikah/Reception
- Aku beli kain di jakel (valentino silk) kalau tak salah untuk aku dan suami. Untuk aku aku wat princess dress upah dekat tailor dekat jer dengan rumah and suami pulak of course wat baju melayu.
Untuk detailing aku beli lace dekat jakel dan manik dekat kedai alat kahwin. Ok untuk baju ni nanti kena wat entry lain macamana aku design baju tu. Design biasa2 jer, yer lah aku bukan pereka fesyen.huhu

Dulang hantaran
- dulang hantaran pun beli sendiri dekat kedai alat kawin jugak.time tu tengah offer tak silap dalam rm5/ dulang.so murah aku grab lah dalam 9 dulang camtu. Deco dia jugak nanti dalam entry seterusnya.

Background meja makan/ bilik tidur
- Beli kain kosong dari kedai kain, deco sendiri. Next entry insyAllah i'll share

Veil
- beli kain chiffon dari jakel and design and jahit sendiri

Inai
- Sepupu sepapat tolong pakaikan, jiran tolong tumbukkan sebab rumah dia ada inai pokok.. i prefer inai pokok sbb ianya long lastings compare to inai segera ni. Pakai inai pun kat jari jer, takda lukis2 kat tangan pun. huhu

Ok nest entry i akan share langkah2 berDIY ni semua. Majlis aku bajet under rm10k untuk sebelah perempuan sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH jika niat kita untuk melakukan kebaikan ALLAH mesti tolong lebih2 lagi dalam urusan membina masjid ni. Jangan takut untuk berkahwin.

Sekian dulu. nnti ada lagi sambungannyer..




No comments:

Post a Comment