Wednesday, September 2, 2015

REVIEW MY BAJU NIKAH/RECEPTION

♥ Assalamualaikum 

Okey kalini aku nak share lah sikit pasal baju nikah i olls yg diDIY kan tu. Bukannya nak menunjuk, tapi just nak shae lah sikit untuk bakal2 pengantin di luaq sana sebagai rujukan. Sharing kan is caring tak ke gittew.huhu . 

FYI, aku tak sewa baju untuk majlis akad nikah dan resepsi. Dan FYI lagi, baju untuk majlis aku cuma SEHELAI sahaja. Simple kan. Ada la orang kata dekat aku, buat lah grand sikit untuk majlis kawin hang tu, bukannya selalu, nanti bila dah tua menyesal sebab tak pakai baju yang cantik2 masa majlis tu. Hmm What say you? Maybe itu pendapat dia, buat grand2 supaya dapat dikenang sampai mati tapi bagi aku, aku tak kisah pun asalkan dapat kahwin dan semuanya selamat. Tak gittew??hahah

Okey, untuk baju kahwin, aku beli kain valentino silk dekat Jakel Alor Star. Nahai, rambang mata baq kat hampa2 semua noh bila tgk kaler2 kain ni dekat jakel. So dah aku pakat dengan encik tunang( now suami) pd masa tu nak pakai kaler baby blue, so aku pun beli lah baby blue. 

Untuk aku, aku beli 4 meter untuk buat jubah princess dress and untuk suami 5meter untuk wat baju melayu dia. So kat sini, beli kain sekali jimat. Tak silap harga untuk kain jenis valentino silk pada masa ni RM12 semeter. So okay bolehlah agak berpatutan lah dari segi harganya.

Dekat jakel ni jugak aku beli lace untuk deco kat baju nanti. Lebih tepat lagi border lace. Harga Semeter RM68. Lace ni dia ada Dua2 belah. So aku amik semeter je.untuk letak di pinggang, kaki kain dan jugak tangan.

Dan kat sini jugak aku beli kain chiffon untuk wat veil. Veil pun i oll DIY.haha nak jimat punya pasal la..tapi border lace kat veil aku beli kat kedai kain biasa2 ja..

Ok so total damage dekat JAKEL untuk BAJU NIKAH/RESEPSI LELAKI dan PEREMPUAN :

Valentino silk 9meter: RM108
Border Lace 1meter: RM68
total: RM 176

ini untuk total kain. belum upah. Untuk harga upah baju aku RM50. Manik aku jahit sendiri while total upah baju melayu husband pulak rm210. Mahalkan baju melayu..Husband upah dekat tukang jahit cina.. Jahitan memang terbaik lah.




baju ironless haha kedut2 la yer, okey tu lah hasilnya. border lace aku suruh tailor jahit siap, so aku just jahit manik ja sikit2 and tambah bunga fabrik dekat kaki baju. Bunga fabrik tu pun i olls wat sendiri. Lepas siap bunga tu baru aku attached dekat baju. Simple ja baju ni, tapi saja lah aku nak share, sbb aku dulu pun google sana sini jugak nak berDIY ni..huhu..





haha, ni je lah dapat aku share, semoga bermanfaat >_<

macam mana ni nak kahwinnnn

♥ Assalamualaikum 

Ramai kawan2 aku tanya, macamana bertunang dan berkahwin dalam tempoh yang dekat, which means tempoh bertunang dan tempoh majis kahwin sat saja, macam aku 4bulan ja tunang pastu majlis kahwin. Sempat ker nak wat preparation and etc. ada yang tanya sedia dah ka nak kawin, macam tak kalut sangat ka, sebab nanti title dan tanggungjawab tu akan berubah. But for me, ready nak galas tanggungjawab baru tu kita kena lalui nya.kalau nak ikut bersedia ntah sampai bila pun kita tak bersedia.

Ok back to persediaan majlis kahwin dalam tempoh 4bulan sahaja. Sebenarnya sempat. Bagi aku dan suami, kami langsung tak mengimpikan majlis kahwin yang grand, berpuluh ribu, baju berpasang2, pelamin berandon bagai. nope we are not that type. Baik aku mahupun suami, kami cuma inginkan majlis yang sangat ringkas, bajet, tetapi still nampak macam majlis yang meriah la. Serius, majlis kami sangat ringkas bagi pendapat aku la..No pelamin, no DJ, no OP. Yang menjadi photographer adalah adik2 dan saudara mara jer.

Kenduri kahwin sebelah aku(perempuan) sangat simple. Bajet still bawah rm10k. Sebenarnya majlis akad nikah dan hari kenduri tu hari yang sama. Baju nikah dan reception pun baju yang sama. Aku tak mau membazir. Majlis kahwin aku banyak DIY. Antara benda2 yang aku DIY sepanjang majlis kahwin tu, ni listnyer :-

- baju nikah/resepsi
- dulang2 hantaran
- background meja makan beradap/ bilik tidur
- doorgift
- Veil
- inai

tapi kalau nak berDIY semua benda ni perlulah sacrifie masa dan tenaga. Aku nak majlis yang under budget ja so kena la DIY untuk jimat. hehehe. 

Baju nikah/Reception
- Aku beli kain di jakel (valentino silk) kalau tak salah untuk aku dan suami. Untuk aku aku wat princess dress upah dekat tailor dekat jer dengan rumah and suami pulak of course wat baju melayu.
Untuk detailing aku beli lace dekat jakel dan manik dekat kedai alat kahwin. Ok untuk baju ni nanti kena wat entry lain macamana aku design baju tu. Design biasa2 jer, yer lah aku bukan pereka fesyen.huhu

Dulang hantaran
- dulang hantaran pun beli sendiri dekat kedai alat kawin jugak.time tu tengah offer tak silap dalam rm5/ dulang.so murah aku grab lah dalam 9 dulang camtu. Deco dia jugak nanti dalam entry seterusnya.

Background meja makan/ bilik tidur
- Beli kain kosong dari kedai kain, deco sendiri. Next entry insyAllah i'll share

Veil
- beli kain chiffon dari jakel and design and jahit sendiri

Inai
- Sepupu sepapat tolong pakaikan, jiran tolong tumbukkan sebab rumah dia ada inai pokok.. i prefer inai pokok sbb ianya long lastings compare to inai segera ni. Pakai inai pun kat jari jer, takda lukis2 kat tangan pun. huhu

Ok nest entry i akan share langkah2 berDIY ni semua. Majlis aku bajet under rm10k untuk sebelah perempuan sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. InsyaALLAH jika niat kita untuk melakukan kebaikan ALLAH mesti tolong lebih2 lagi dalam urusan membina masjid ni. Jangan takut untuk berkahwin.

Sekian dulu. nnti ada lagi sambungannyer..




MOVE ON LAH

♥ Assalamualaikum 

Lama giler tak update blog. Salah satu sebab tak update ialah low self esteem. Rasa macam rendah diri, nak update tapi takut takdak orang nak baca. Pastu dah tak da cerita best nak updat. (ada jer cerita best) tapi bila low self esteem menguasai diri, so rasa better senyap.. hahah ni self esteem meningkat balik so gasaklah, samada ada orang nak baca or tak, tak payah peduli, janji update.

Last update last 2years back, masa tu single but now i am married with one baby boy. Tak percaya kan. I also tak percaya which i am married and have a baby now. hehehe feel like daydreaming. Semuanya berlaku dengan pantas dan very unexpected.

well, pengalaman yang lepas banyak mengajar aku yang sebenarnya aturan Allah dalam hidup kita ni adalah yang terbaik. Although we always think that our choice is the best, but Allah knows more what is the best for us.

Just wanna share about my past, dulu aku pun macam orang lain, bercinta jugak.hahah but when i think back about the past, i feel so silly. Sepatutnya aku menghargai kehidupan lepas (lebih tepat lagi pd masa student dulu) dengan study bersungguh-sungguh and enjoy funtime with friends. No cintan cintun(supposedly la). Tapi dah gatal nk bercinta, so bercinta jugaklah..we had been friend for 4 years okey, 4years!! satu tempoh yg agak lama okey..n we got some plans to get married and etc..kononyer..

Then, after 4years, perancangan Allah lebih baik. Kitorang clash. Dan merasa lah aku sakit putus cinta. Well, biasa lah kan putus cinta mesti lah frust. Tapi, Allah seoalah2 menghantar seseorang kepada aku to cure my frustration on that time. Actually my husband now is my colleauge. Dia kata dia dah pendam perasaan kat aku setahun dah,hahah tap dah aku xsingle so dia malas nak kacau.hahah. Then we berkawan, in 3 months we get close and engaged, and get married, so simple and tak disangka scepat itu kami berkahwin. Betullah kata orang, kenal pi lah 10 tahun tapi kalau bukan jodoh kita, tetap tak jadi, aku just berkawan dengan suami lebih kurang 4 months before we get married. Bertunag bulan december 2013 then berkahwin pada 29 mac 2014. Lepas tu dikurniakan cahaya mata yg comel pada january 2015. see betapa Allah mengantikan kesedihan dulu dengan berjuta2 kali lebih baik.

So pada yang putus cinta, sedih tu adalah lumrah, sakit hati pun lumrahlah. Tapi jangan melampaui batas, Always set dalam hati yg Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Selalu berdoa dan dekatkan diri kepada Allah supaya hati menjadi lebih tenang setenang air di kali. and yang paling penting adalah MOVE ON!! MOVE ON! MOVE ON! tak payah lah duk nak ingat and kenang orang yang tidak tahu menghargai anda, kerana u deserve someone much more better than him/her..



sekian bebelan cik timah pada kali ini..hahahh entry panjang melalut kelaut..babai!!!