Wednesday, September 2, 2015

REVIEW MY BAJU NIKAH/RECEPTION

♥ Assalamualaikum 

Okey kalini aku nak share lah sikit pasal baju nikah i olls yg diDIY kan tu. Bukannya nak menunjuk, tapi just nak shae lah sikit untuk bakal2 pengantin di luaq sana sebagai rujukan. Sharing kan is caring tak ke gittew.huhu . 

FYI, aku tak sewa baju untuk majlis akad nikah dan resepsi. Dan FYI lagi, baju untuk majlis aku cuma SEHELAI sahaja. Simple kan. Ada la orang kata dekat aku, buat lah grand sikit untuk majlis kawin hang tu, bukannya selalu, nanti bila dah tua menyesal sebab tak pakai baju yang cantik2 masa majlis tu. Hmm What say you? Maybe itu pendapat dia, buat grand2 supaya dapat dikenang sampai mati tapi bagi aku, aku tak kisah pun asalkan dapat kahwin dan semuanya selamat. Tak gittew??hahah

Okey, untuk baju kahwin, aku beli kain valentino silk dekat Jakel Alor Star. Nahai, rambang mata baq kat hampa2 semua noh bila tgk kaler2 kain ni dekat jakel. So dah aku pakat dengan encik tunang( now suami) pd masa tu nak pakai kaler baby blue, so aku pun beli lah baby blue. 

Untuk aku, aku beli 4 meter untuk buat jubah princess dress and untuk suami 5meter untuk wat baju melayu dia. So kat sini, beli kain sekali jimat. Tak silap harga untuk kain jenis valentino silk pada masa ni RM12 semeter. So okay bolehlah agak berpatutan lah dari segi harganya.

Dekat jakel ni jugak aku beli lace untuk deco kat baju nanti. Lebih tepat lagi border lace. Harga Semeter RM68. Lace ni dia ada Dua2 belah. So aku amik semeter je.untuk letak di pinggang, kaki kain dan jugak tangan.

Dan kat sini jugak aku beli kain chiffon untuk wat veil. Veil pun i oll DIY.haha nak jimat punya pasal la..tapi border lace kat veil aku beli kat kedai kain biasa2 ja..

Ok so total damage dekat JAKEL untuk BAJU NIKAH/RESEPSI LELAKI dan PEREMPUAN :

Valentino silk 9meter: RM108
Border Lace 1meter: RM68
total: RM 176

ini untuk total kain. belum upah. Untuk harga upah baju aku RM50. Manik aku jahit sendiri while total upah baju melayu husband pulak rm210. Mahalkan baju melayu..Husband upah dekat tukang jahit cina.. Jahitan memang terbaik lah.




baju ironless haha kedut2 la yer, okey tu lah hasilnya. border lace aku suruh tailor jahit siap, so aku just jahit manik ja sikit2 and tambah bunga fabrik dekat kaki baju. Bunga fabrik tu pun i olls wat sendiri. Lepas siap bunga tu baru aku attached dekat baju. Simple ja baju ni, tapi saja lah aku nak share, sbb aku dulu pun google sana sini jugak nak berDIY ni..huhu..





haha, ni je lah dapat aku share, semoga bermanfaat >_<

No comments:

Post a Comment